“Fokus Tingkatkan Prestasi, Bukan Warna Rambut” – S. Subramaniam
Harimau Malaya
Astro Arena
Advertisements

Bekas pertahanan kebangsaan, S. Subramaniam mengingatkan para pemain untuk memberikan fokus bagi meningkatkan prestasi dan bukannya sekadae mewarnakan rambut.

Beliau ketika berkongsi analisis tentang perlawanan Piala Asia B-23 antara Malaysia dan juga Kuwait jelas kecewa apabila pasukan negara tewas kali ketiga dengan keputusan 2-1.

Subramaniam menganggap fokus para pemain telah pun lari sambil mahu para pemain bertindak segera untuk memperbaiki apa yang sepatutnya.

Advertisements

“Saya ingin memberi nasihat bukan sebagai jurulatih tetapi sebagai seorang abang, daripada sibuk membuka peti surat media sosial (direct messages), lebih baik mereka fokus tingkatkan prestasi.”

“Saya lihat ada pemain yang lebih fokus terhadap warna rambut berbanding apa yang ada. Sebagai seorang pemain, ilmu bola sepak lebih penting berbanding warna rambut,” jelasnya kepada Astro Arena.

Bekas pertahanan Kelantan ini jelas kurang senang dengan tahap disiplin yang ditonjolkan oleh para pemain yang pulang ke tanah air dengan tangan kosong tanpa sebarang mata.

Advertisements

Namun begitu, beliau yakin sokongan yang positif perlu diberikan kepada barisan pemain muda negara yang mendapat peluang beraksi di sana sungguhpun berdepan pelbagai kekangan.

Sebagai rekod, Malaysia tewas 0-2 di tangan Uzbekistan, 0-2 kepada Vietnam dan 1-2 kepada Kuwait.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram