Harimau Malaya
Fina Nasrom/Astro Arena
Advertisements

Foto padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tular kurang 24 jam sebelum sepak mula aksi antara Malaysia dan juga Chinese Taipei.

Advertisements

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi detik yang amat baik apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1.

Hasrat besar dibawa ke SNBJ apabila perlu berdepan dengan lawan sambil mengharapkan keadaan padang memihak kepada skuad negara.

Advertisements

Sebelum ini, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Abd Rahman telah memaklumkan bahawa keadaan padang berada pada tahap terbaik untuk aksi terakhir kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Beliua mengesahkan bahawa FAM telah berhubung dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berkenaan kondisi padang.

Advertisements

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom tampil berkongsi foto terkini keadaan padang di SNBJ kurang 24 jam sebelum sepak mula berlangsung.

Keadaannya menerima pelbagai reaksi daripada penyokong sungguhpun kelihatan dalam keadaan baik dan bersedia.

Harimau Malaya kini dalam misi penting untuk mencari sekurang-kurangnya 6 jaringan bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan ketiga.

Malaysia akan bertemu Chinese Taipei pada 11 Jun 2024 jam 9 malam di SNBJ.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram