Ads
Malaysia Bakal ‘Untung Besar’ Jika Kalahkan Chinese Taipei
Harimau Malaya
UNICEF Kyrgyzstan

Pasukan kebangsaan Malaysia memiliki peluang untuk mengaut kejayaan lumayan sekiranya menewaskan Chinese Taipei Selasa ini.

Advertisements

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon cemerlang mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di Bishkek.

Advertisements

Beliau berjaya melakukan tugasan dengan baik sungguhpun tanpa 7 pemain sandaran Harimau Malaya yang mengalami kecederaan.

Advertisements
Advertisements

Satu lagi tugasan besar menanti skuad negara dalam misi untuk layak ke pusingan ketiga kejohanan apabila bakal melayan kunjungan Chinese Taipei.

Sungguhpun perlu menjaringkan lebih 6 gol di Bukit Jalil, Malaysia berpeluang mencipta beberapa momen indah lain di laman sendiri.

Advertisements

Kemenangan ke atas anak didik Gary White membolehkan Harimau Malaya mengumpul tambahan +10.23 mata dan mengumpul 1107.58 mata dalam kedudukan ranking FIFA.

Situasi ini membolehkan skuad negara naik dua tangga ke kedudukan 133 dunia berbanding 135 ketika ini.

Bukan itu sahaja, Kim Pan-gon juga boleh melebarkan rekod gemilang bersama Malaysia apabila merekodkan kemenangan ke-20 sejak mengambil alih pasukan dua tahun lalu.

Advertisements

Malaysia akan bertemu Chinese Taipei pada 11 Jun 2024 jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram