Gabriel Palmero Jaring Gol Bantu Tenerife B Atasi Mostoles
MakanBola
CD Tenerife
Sponsors

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Gabriel Palmero ceria apabila membantu pasukannya, CD Tenerife B menewaskan Mostoles 2-1.

Tenerife B memerlukan kemenangan selepas kali terakhir mengecapinya pada 2 Februari lalu. Aksi itu menyaksikan pasukan itu meraih kemenangan 2-1 ke atas CD Illescas.

Ad

Palmero meletakkan pasukan itu di hadapan pada minit ke-24. Selepas menerima hantaran Fran Sabina, pemain pinjaman Las Palmas itu melepaskan rembatan yang menewaskan Alexis Brea.

Ad

Gol tersebut membolehkan Tenerife B mendahului 1-0 sehingga rehat separuh masa. Ini ditambah dengan Mostoles gagal menguji penjaga gol mereka, Aaron Alonso.

Bersambung selepas rehat, giliran Sabina pula mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-57.

Ad

Alex Castro menyumbat gol saguhati Mostoles pada minit ke-89. Walau bagaimanapun, itu sudah terlambat buat pasukan itu menghalang Palmero dan Tenerife B bergembira apabila wisel penamat ditiup.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Tenerife B berada pada kedudukan kelapan Segunda Federacion – Grupo V. Mostoles pula terus terperangkap dalam kelompok penyingkiran di tangga ke-17.

Ad

Gol ini dijangka membakar semangat Palmero untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan memikat jurulatih negara, Peter Cklamovski.

Selepas ini, Tenerife B bakal berdepan cabaran Real Madrid C pada 6 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments