Gabriel Palmero Pertahanan Warisan Baharu Malaysia
MakanBola
UD Las Palmas
Sponsors

Skuad kebangsaan Malaysia bakal diperkuatkan dengan kehadiran bek kiri yang beraksi di Sepanyol, Gabriel Palmero.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bek kiri berusia 23 tahun itu merupakan calon terbaru pemain warisan negara.

Ad

Perkara ini turut disahkan pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski apabila ditanya tentang status Palmero dan pemain tengah Portimonense, Hector Hevel.

Ad

“Seperti yang saya sebut pada minggu lepas, saya ada berita baik. Kita ada dua pemain yang telah diluluskan,” katanya.

“Hector (Hevel) salah seorang daripadanya dan (Gabriel) Palmero yang beraksi dalam pasukan divisyen tiga di Sepanyol. Beliau juga ahli baru buat skuad Harimau Malaya.

Ad

“Kita amat teruja dan bagi saya, ini bukan tentang dari mana mereka datang. Mereka rakyat Malaysia dan kita akan menjadi satu pasukan Malaysia.

Ad

Palmero kini beraksi secara pinjaman bersama CD Tenerife B dari kelab Las Palmas. Selain Tenerife B, beliau juga pernah beraksi untuk Gimnastica Segoviana.

Ad

Kehadiran Palmero dijangka merancakkan persaingan di slot bek kiri skuad kebangsaan. Selain beliau, Corbin Ong dan Daniel Ting turut mengintai posisi sama dalam kesebelasan utama.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments