Gagal Di Piala Asia B-23, Jurulatih Thailand Letak Jawatan
Asia Tenggara
FA Thailand
Advertisements

Jurulatih skuad Thailand Bawah 23 Tahun (B-23), Issara Sritaro mengumumkan perletakan jawatan beliau hari ini.

ASEAN Football melaporkan tindakan tersebut dibuat atas rasa tanggungjawab kerana gagal membawa skuad Gajah Perang ke suku akhir Piala Asia B-23 2024.

Thailand yang berada dalam Kumpulan C bersama Iraq, Arab Saudi dan Tajikistan terkandas selepas hanya meraih satu kemenangan dan mengalami dua kekalahan.

Advertisements

Selepas kembali ke Thailand semalam, Issara dilihat sudah memberi bayangan akan mengundurkan diri daripada jawatan yang disandang.

“Tugas saya (selepas kembali dari Piala Asia B-23) ialah bercakap dengan Persatuan (Bola Sepak Thailand (FAT)). Pertama sekali, jika kita tidak ke pusingan akhir, saya perlu selesaikan tugas saya dari pusingan kelayakan. Bila kejohanan sudah habis, saya (sudah) menyiapkan tugasan saya.

Advertisements

“Mari kita bercakap tentangnya pada masa akan datang. Kita perlu menunggu untuk bercakap dengan banyak pihak kerana dengan kerja yang ada, orang melihat butiran dan sokongan. Kita perlu bercakap tentang peranan seterusnya,” katanya kepada bahagian media FAT.

Ini menjadikan beliau jurulatih kedua yang mengundurkan diri selepas tamat kempen peringkat kumpulan Piala Asia B-23 2024.

Advertisements

Sebelumnya, jurulatih skuad Tajikistan B-23, Mubin Adrishev turut mengumumkan perletakan jawatan selepas gagal membawa pasukan itu ke suku akhir.

Issara menggalas peranan sebagai jurulatih Thailand B-23 sejak tahun 2022. Selain membantu Thailand layak ke Piala Asia B-23, beliau juga membantu pasukan itu memenangi pingat perak Sukan SEA 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram