Tajikistan Hilang Dua Jurulatih Dalam Tempoh Singkat
Asia
Tajikistan FF
Advertisements

Meskipun berjaya menewaskan Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan C semalam, jurulatih Tajikistan Bawah 23 Tahun (B-23), Mubin Ergashev memutuskan untuk mengundur diri.

Portal SiamSport melaporkan langkah mengejut yang dibuat bekas jurulatih Istiklol itu dibuat selepas The Crowns gagal layak ke suku akhir Piala Asia B-23 2024.

Kumpulan C menyaksikan Tajikistan tewas kepada Arab Saudi dan Iraq sebelum melakar kemenangan ke atas skuad Gajah Perang.

Advertisements

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk tiga perlawanan kita dan saya akan meletak jawatan sebagai jurulatih skuad Tajikistan B-23.

“Apa saja yang berlaku itu merupakan tanggungjawab saya. Para pemain bermain mengikut cara yang saya mahukan mereka bermain, mereka tidak melakukan apa-apa kesilapan,” katanya.

Keadaan ini menyaksikan Tajikistan kehilangan dua orang jurulatih dalam tempoh masa yang singkat.

Advertisements

Sebelum ini, skuad senior The Crowns kehilangan jurulatih Croatia, Petar Segrt selepas berjaya membawa pasukan itu ke suku akhir Piala Asia 2023.

Ini mendorong Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) melantik jurulatih Georgia, Gela Shekiladze sebagai pengganti Segrt.

Shikeladze membimbing pasukan itu untuk dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Arab Saudi pada 21 dan 26 Mac lalu.

Advertisements

Selepas tewas 1-0 kepada The Green Falcons di Riyadh pada 21 Mac, The Crowns berjaya mengikat pasukan gergasi Asia Barat itu 1-1 pada 26 Mac lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram