UltraSukan
Sabah FC Women
Advertisements

Sabah berpeluang meraih sekurang-kurangnya hadiah wang tunai bernilai hampir setengah juta ringgit seandainya berjaya melayakkan diri ke saingan AFC Women’s Champions League (AWCL).

Advertisements

Minggu lalu, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa Sabah bakal menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi dalam peringkat kelayakan AWCL sebagai juara Liga Wanita Nasional musim lalu.

Dalam peringkat kelayakan itu, Sabah akan diundi di dalam kumpulan yang mengandungi empat atau tiga pasukan yang akan dimainkan secara berpusat di antara 25 hingga 31 Ogos dengan hanya juara kumpulan akan layak ke saingan AWCL.

Advertisements

Sekiranya berjaya menjadi juara kumpulan di peringkat kelayakan, Sabah akan layak secara merit ke peringkat kumpulan yang akan bermula pada 6 hingga 12 Oktober secara berpusat di venue yang ditetapkan.

Menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pasukan yang layak ke peringkat kumpulan AWCL akan mendapat sekurang-kurangnya USD100,000 bersamaan RM470,00 dan Sabah berpeluang untuk meraihnya sekiranya berjaya melepasi peringkat kelayakan ini.

Advertisements

Musim lalu, Sabah memenangi Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 setelah mengungguli liga dengan 13 mata, berkongsi mata bersama Kelana United namun dinobatkan sebagai juara selepas miliki kelebihan dari segi perbezaan jaringan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram