Ganjaran RM5.2 Juta Menanti JDT & Selangor
Asia
MakanBola
JST/SFC
Advertisements

Dua wakil Malaysia di Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC berpeluang merangkul ganjaran mencecah RM5.2 Juta.

Pasukan Harimau Selatan telah mengukuhkan tempat dalam kalangan pasukan terbaik di Asia apabila beraksi di ACLE sebagai wakil tunggal Malaysia.

Advertisements

Gergasi Merah kembali beraksi di Asia selepas kali terakhir Selangor beraksi di peringkat Asia ialah pada musim 2015-2016 dalam saingan Piala AFC.

Menerusi satu kenyataan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pihaknya memberi jaminan bahawa 24 kelab yang bertanding dalam kejohanan ACLE akan memperoleh wang ganjaran tersebut sungguhpun hanya pada peringkat kumpulan sahaja.

Advertisements

JDT berpeluang untuk merangkul RM3.8 Juta selepas mengesahkan tempat dalam kelompok kelab terbaik di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim ini.

Skuad Harimau Selatan akan memperoleh wang tambahan mencecah 200,000 USD (RM942,000) sekiranya berjaya mengesahkan kemaraan pada pusingan 16 terbaik pada edisi kali ini.

Advertisements

Selangor yang kini dibimbing oleh Nidzam Jamil selepas dijanjikan habuan sebesar 300,000 USD (RM1.4 Juta) apabila mengesahkan tempat di ACL2.

“Semua kelab yang mengambil bahagian akan disokong oleh peningkatan ketara dalam pengagihan kewangan, kerana pasukan yang memasuki peringkat kumpulan dijamin sekurang-kurangnya USD 300,000 (RM1.4 Juta).

Advertisements

“Wang tambahan tersedia berdasarkan penempatan akhirnya, bermakna juara akan menerima sekurang-kurangnya 3.28 juta USD (RM17.8 Juta).

Majlis undian bagi peringkat liga bakal berlangsung pada 16 Ogos 2024 namun mekanisme undian akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Advertisements

Pusingan kelayakan ACLE akan dilangsungkan pada 6 dan 13 Ogos manakala pusingan liga yang melibatkan lapan perlawanan pula dijadualkan dari 16-18 September 2024 hingga 17-19 Februari 2025.

ACL2 pula menyaksikan pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan 16 yang dijalankan secara timbal balik dan berlangsung dari 11 hingga 20 Februari 2025.

Advertisements

News Comments Account