Gelagat Supachai Jaided ‘Usik’ Xisco Munoz Dirakam Lensa
MakanBola
Johor Southern Tigers/Buriram United

Gelagat penyerang berbisa Buriram United, Supachai Jaided selepas tamat aksi separuh akhir kedua ACC Shopee Cup 2025/2026 menentang kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya dirakam lensa.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, Supachai Jaided dilihat ‘mengusik’ ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz apabila meraikan kejayaan Buriram United mara ke pentas final tepat di hadapan pengendali dari Sepanyol itu.

Selain Supachai Jaided, video tersebut turut memaparkan Ilhan Fandi seakan-akan terlebih dahulu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jurulatih Johor Darul Ta’zim, Xisco Munoz. Namun, punca sebenar situasi itu tidak dapat dipastikan sebelum Aidil Zafuan yang kini merupakan sebahagian daripada staf kejurulatihan JDT tampil menenangkan keadaan.

Video ini telah tular di laman Tiktok dan sehingga artikel ini ditulis, ia telah meraih lebih 226,000 tontonan selain menerima lebih 8,000 tanda suka daripada pengguna media sosial tersebut.

Untuk aksi final ACC Shopee Cup 2025/2026, Buriram United bakal membuat perhitungan dengan Selangor FC yang menewaskan Nam Dinh FC dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Perlawanan akhir itu dijadual berlangsung pada 20 Mei di lawan sebelum bertandang ke venue lawan bagi menghadapi aksi timbal balik final pada 27 Mei nanti.