Gianluigi Buffon Jadi Inspirasi Khairul Fahmi
MakanBola
Juventus/Sabah FC

Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menjadikan legenda Itali, Gianluigi Buffon sebagai inspirasi buat beliau.

Meskipun usianya kini mencecah 35 tahun, bekas penjaga gol Kelantan FC itu terus mendapat kepercayaan Datuk Ong Kim Swee sebagai penjaga gawang Sabah.

Ad

Keupayaannya terus terbukti apabila berjaya menafikan sepakan penalti Paulo Josue dalam aksi Liga Super antara KL City FC dan Sabah baru-baru ini.

Ad

Malangnya, Khairul Fahmi tidak dapat menyekat pasukan Borneo itu daripada tewas 3-0 di tangan pasukan Lembah Klang itu pada 31 Julai lalu.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu menyifatkan Buffon menjadi inspirasi beliau kerana memiliki karier yang lama sebagai penjaga gol di peringkat kelab mahupun antarabangsa.

Ad

Justeru, Khairul Fahmi yang mesra disapa Apek itu mahu memanfaatkan apa saja ilmu yang digunakan legenda Itali itu untuk membantu mengekalkan kredibilitinya sebagai penjaga gol berwibawa.

Ad

“Kita tengok (dan) ambil contoh penjaga gol luar kan macam (Gianluigi) Buffon yang kekal lama dalam liga. Jadi, kita ambil yang mana baik, kita contohilah,” katanya.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Sabah berada di tangga keenam liga dengan 10 mata selepas enam perlawanan.

Ketangkasan Khairul Fahmi dijangka ditagih Kim Swee untuk aksi liga seterusnya menentang Sri Pahang FC pada 9 Ogos ini.