Ads
Giliran CEO Selangor Terima Ugutan Bakal Senasib Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon difahamkan telah menerima ugutan bakal menjadi mangsa simbahan asid seterusnya.

Advertisements

Perkara ini dilaporkan oleh Malaysiakini tentang perkembangan pasukan The Red Giants seminggu selepas insiden yang melibatkan pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang disimbah asid.

Advertisements

Beliau dan juga beberapa pegawai Selangor FC yang lain telah menerima ugutan simbahan asid namun segera melakukan laporan polis bagi tujuan keselamatan.

Advertisements
Advertisements

“Ada seorang dua pegawai yang diberi amaran untuk berhati-hati, bahawa mereka mungkin jadi sasaran seterusnya.

“Saya rasa perlu buat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Advertisements

Beliau dan kelab memandang serius berkenaan insiden yang melibatkan Faisal Halim namun tidak menganggap ia akan melibatkan pemain Selangor yang lain.

“Kami tidak fikir insiden itu akan menjadi ancaman kepada pemain Selangor FC tetapi apabila Faisal Halim diserang dengan asid, itu adalah tahap yang berbeza sama sekali berbanding dengan Akhyar.

“Dia (Faisal) diserang dengan asid. Tindakan itu sememangnya berpotensi membunuh atau mencederakan dengan serius. Ia bukan samun, atau apa-apa yang lain, kan? Di situlah keadaan jadi sangat serius.

Selangor juga meningkatkan kawalan terhadap pasukan termasuklah ketika sesi latihan dan juga menjelang aksi sepak mula di Stadium MBPJ menentang Kedah Darul Aman FC.

“Selepas itu, pasukan segera meningkatkan keselamatan dan kami berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya kerana ini belum pernah terjadi sebelum ini di Malaysia,” ujar Johan Kamal kepada MalaysiaKini.

Advertisements

Selangor akan memulakan kempen Liga Super 2024/25 menentang Kedah Darul Aman pada 18 Mei 2024 jam 8:15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram