Giliran Jepun Malukan Vietnam 7-0
UltraSukan
VFF
Sponsors

Skuad bola sepak wanita Jepun mara ke pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2023 dengan bergaya apabila membelasah Vietnam 7-0.

Kedua-dua pasukan tahu sekiranya mereka menang hari ini, mereka akan layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik. Sekiranya tewas, mereka perlu menunggu keputusan kumpulan-kumpulan lain bagi menentukan sama ada mereka pasukan kedua terbaik atau tidak.

Ad
Sponsors

Malangnya, Golden Star Women Warriors memulakan perlawanan dengan langkah kiri apabila dibolosi seawal minit ke-19 menerusi Yuzuho Shiokoshi.

Ad

Shiokoshi menambah kelebihan Nadeshiko pada minit ke-24 bagi menjadikan kedudukan 2-0. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Jepun terus mengganas. Remina Chiba dan Reina Wakisaka masing-masing menyumbat gol pada minit ke-51 dan penalti pada minit ke-55.

Ad

Pemain gantian, Haruka Osawa menjaringkan gol kelima pada minit ke-69. Chiba terus buat Golden Star Women Warriors derita dengan gol keenam pada minit ke-77.

Ad

Osawa melengkapkan kejayaan cemerlang Nadeshiko dengan gol ketujuh pada minit akhir perlawanan. Kejayaan ini melayakkan Jepun ke pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.

Ad

Bagaimanapun, Vietnam perlu menunggu baki keputusan beberapa kumpulan bagi mengetahui sama ada mereka mengiringi Jepun ke pusingan seterusnya atau tidak.

Vietnam mengalami nasib sama seperti Singapura yang teruk dibelasah Korea Utara dalam aksi terakhir Kumpulan C semalam.