Asian Games: Singapura Dimalukan 10-0 Oleh Korea
UltraSukan
UltraSukan
FA Singapore
Advertisements

Singapura sekali lagi malu besar apabila dibelasah Korea Utara 10-0 dalam aksi kedua Kumpulan C Sukan Asia 2023 hari ini.

Selepas dibelasah lawan sama 7-0 beberapa hari lepas, anak-anak buah Karim Bencherifa berharap untuk aksi kedua hari ini, matlamat mereka ialah mengelak perkara sama berulang.

Advertisements

Bagaimanapun, apa yang diharapkan mereka tidak kesampaian apabila gawang The Lionesses yang dikawal Beatrice Tan Li Bin bolos seawal minit ketiga menerusi Kim Kyong-yong.

Singapura terus derita apabila dibolosi tiga kali dalam tempoh 10 minit. Tiga gol berkenaan dijaringkan An Myong-song (minit ke-15), Ri Myong-gum (minit ke-17) dan Kyong-yong (minit ke-19).

Advertisements

Kyong-yong kemudiannya menyempurnakan hatrik pada minit ke-36. Myong Yu-jong buat Singapura makin longlai dengan gol pada minit ke-42 sebelum Kyong-yong menambah gol keempat peribadinya pada minit ke-45.

Bersambung pada babak kedua, Singapura berharap keputusan 7-0 ini sudah cukup buat anak-anak buah Ri Yu-il. Malangnya, sangkaan mereka jauh meleset.

Eastern Azaleas menyumbat gol kelapan menerusi Myong-song pada minit ke-60. Pong Song-ae menambah gol kesembilan pada minit ke-71.

Advertisements

Kyong-yong memastikan namanya kini sebagai penjaring terbanyak acara bola sepak wanita Sukan Asia 2023 dengan gol ke-10 pada minit akhir perlawanan.

Keputusan ini bukan saja melayakkan Korea Utara ke pusingan 16 terbaik. Malah, Kyong-yong turut memintas penyerang China, Wang Shuang sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

News Comments Account