Asian Games: Korea Malukan Singapura 7-0
UltraSukan
FA Singapore
Advertisements

Skuad wanita Singapura memulakan kempen Kumpulan C Sukan Asia 2023 dengan langkah kiri apabila dibelasah Korea Utara 7-0 di Pusat Sukan Wenzhou hari ini.

Babak pertama menyaksikan The Lionesses dibolosi dua kali dalam tempoh tiga minit. Hong Song-ok dan Ri Kum-hyang masing-masing meledakkan gol buat Korea Utara pada minit ke-11 dan ke-14.

Eastern Azaleas terus mendominasi perlawanan. Begitupun, anak-anak buah Karim Bencherifa memastikan kedudukan kekal 2-0 sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Korea Utara terus ghairah memburu gol. Myong Yu-jong menewaskan Noor Kusumawati untuk gol ketiga Korea Utara pada minit ke-51.

Tiga minit kemudian, giliran Ju Hyo-sim pula mencipta nama sebagai penjaring. The Lionesses makin tertekan apabila Ri Hak pula menyumbat gol kelima pada minit ke-58.

Kim Kyong-yong memastikan kelebihan Korea Utara tidak dicabar dengan gol keenam pada minit ke-62.

Advertisements

Singapura terpaksa bertahan bagi memastikan gawang mereka tidak bocor. Malangnya, Sung Hyang-sim membolosi gawang Kusumawati pada minit ke-92 bagi melengkapkan malam gemilang Eastern Azaleas.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu lagi pada 27 September ini bagi menentukan siapa juara Kumpulan C.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram