Selepas penyokong Celtic, giliran penyokong Galatasaray menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.
Sokongan itu dizahirkan menerusi beberapa sepanduk yang dinaikkan dalam aksi playoff Liga Europa UEFA (UEL) menentang AZ Alkmaar baru-baru ini.
Penyokong menaikkan sepanduk yang berbunyi “Jika Palestin tidak merdeka, dunia akan menjadi tebusan” dan “Halang pembunuhan beramai-ramai di Palestin”.
Sebagai tanda solidariti bersama Green Brigade, penyokong Galatasaray turut menaikkan sepanduk yang berbunyi “Kami berterima kasih kepada penyokong Celtic atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada Palestin”.
Sejak Green Brigade melancarkan kempen kad merah untuk Israel, kempen tersebut mula mendapat sambutan kelab-kelab bola sepak di seluruh dunia.
Selain Galatasaray, penyokong Wydad Athletic (Maghribi), Esperance Sportive de Tunis (Tunisia), Union Saint Gilloise (Belgium), CD Palestino (Chile) dan Aris Thessaloniki (Greece) turut menyertai kempen sama.
Galatasaray tersingkir selepas tewas 6-3 secara agregat kepada AZ Alkmaar. Selepas ini, pasukan itu akan menentang musuh tradisi yang dibimbing bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho pada 25 Februari.