Gol Cantik Bintang Muda JDT Jadi Bualan Peminat
MakanBola
Johor Southern Tigers

Nama bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) III, Danish Hakimi Sahaludin menjadi bualan peminat bola sepak negara sejak 19 April lalu.

Ini disebabkan gol sepakan percuma yang dihasilkan beliau dalam aksi sulung Piala Presiden 2025 menentang Selangor FC.

Gol tersebut menjadi bualan ramai kerana teknik dan kelajuan bola yang terhasil daripada sepakan Danish menerjah penjuru atas gawang Merah Kuning.

Ad

Gol tunggal JDT III dalam perlawanan itu memastikan juara bertahan Piala Presiden itu membuka kempen musim 2025 dengan kemenangan.

Ad

Sebaik video sepakan percuma Danish dimuat naik di media sosial, ramai peminat kagum dengan gol tonggak skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) itu.

Seorang peminat bernama Norizan Omar menyifatkan gol beliau bukan saja cantik tetapi juga sukar ditepis penjaga gol lawan.

Ad
Ad

“Cantiknya gol. Deras sungguh bolanya (ke arah gol). Tahniah adik Danish Hakimi, gol yang hebat. Tahniah adik-adik JDT III, kalian memang padu,” katanya di ruang komen Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

Seorang lagi penyokong bernama Ahmal Amal turut senada dengan Norizan. Dia turut menyifatkan teknik sepakan percuma Danish cukup bagus.

“Langkah teknik ambil sepakan percuma sudah cantik. Latihan kasi lebih sedikit bagi kelajuan bola itu menjunam ke arah gawang gol. Terbaik anak muda,” ujarnya.

Kemahiran yang ditampilkan Danish Hakimi berpotensi meletakkan beliau dalam radar jurulatih Malaysia B-23, Nafuzi Zain.

Ini kerana dengan pasukan itu berdepan tiga tugasan besar termasuk Sukan SEA 2025, tidak mustahil tonggak Malaysia B-19 seperti Danish dipanggil untuk menambah kekuatan pasukan itu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments