Advertising
Nafuzi Zain Tumpu Tiga Kejohanan 2025
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Pengendali baharu skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Nafuzi Zain bakal memberi fokus kepada tiga kejohanan untuk tahun 2025.

Tiga kejohanan tersebut ialah Kejohanan ASEAN B-23, pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan Sukan SEA 2025.

Ad

Justeru, Nafuzi kini fokus memantau pemain-pemain berbakat dalam saingan Liga Super dan Piala MFL bagi membentuk skuad mantap menghadapi tiga kejohanan tersebut.

Ad

“Untuk tahun ini, kita ada tiga kejohanan (iaitu) Piala AFF (B-23), kelayakan ke Piala Asia (B-23) dan Sukan SEA,” katanya.

“Dan sekarang pun saya tengah memulakan (kerja) meninjau bakat daripada awal Januari. Mungkin panggilan pertama kali buat pemain-pemain mungkin pada bulan Mac nanti.”

Ad

Nafuzi turut memaklumkan beliau sedia memberi peluang kepada barisan pemain sebelumnya untuk kembali memperkuat cabaran skuad Malaysia B-23.

Ad

“Kita tahu kebanyakan pemain-pemain yang menyertai kejohanan sebelum ini boleh bermain. Dan saya terbuka kepada mana-mana pemain, mungkin memanggil bakat-bakat baru sebelum ini,” tambahnya.

Ad

“Pemain-pemain sedia ada jika mereka menunjukkan prestasi terbaik, Insya Allah mereka akan berada dalam pasukan.”

Nafuzi menggalas peranan sebagai jurulatih Malaysia B-23 menggantikan pengendali sebelumnya dari Sepanyol, Juan Torres Garrido.

Beliau menjadi sebahagian daripada revolusi baharu Harimau Malaya yang diumumkan pada pertengahan Disember 2024. Revolusi ini turut disertai Peter Cklamovski, Rob Friend dan Dr. Craig Duncan.