Bintang muda Thailand, Ekanit Panya menggamit minat peminat bola sepak ASEAN dengan gol debut dalam ACL bersama Urawa Red Diamonds.
Ekanit yang menyarung jersi nombor 27 membuat kemunculan pertama ACL musim ini sebagai pemain gantian pada minit ke-73.
Dan bekas pemain Muangthong United itu tidak mengecewakan apabila menyumbat gol keenam yang menembusi gawang Hanoi pada minit ke-85.
Gol tersebut melengkapkan malam gemilang Urawa di hadapan penyokong mereka selepas sebelum ini diikat 2-2 dengan Wuhan Three Towns.
Ekanit juga turut cemerlang sepanjang 17 minit penampilannya di atas padang. Ini selepas Sofascore memberi markah sebanyak 7.6 atas persembahan beliau semalam.
Impak yang dibawa Ekanit pasti akan ditagih jurulatih Urawa, Maciej Skorza untuk perlawanan-perlawanan mereka yang seterusnya selepas ini.