Gol Lewat Skuad Muda Indonesia Kejutkan Korea Selatan
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Indonesia berhasil menumbangkan Korea Selatan dalam aksi pembuka tirai kumpulan C Piala Asia B-17 pada lewat malam Jumaat.

Selaku salah satu daripada 3 wakil Asia Tenggara, Indonesia turun membawa misi besar bagi membuka tirai Piala Asia B-17 dengan langkah kanan tatkala bertemu finalis lalu, Korea Selatan.

Ad

Nova Arianto selaku jurulatih Indonesia menampilkan pemain pertahanan kacukan Australia, Mathew Baker untuk bersama Puntu Panji dan Algazani Dwi membentuk benteng ampuh di bahagian belakang.

Ad

Seperti dijangka, pasukan Korea Selatan tampak menguasai sebahagian besar perlawanan dengan deretan serangan dan percubaan untuk menguji penjaga gawang Indonesia, Daffa Setiawarman.

Ketumpulan barisan serangan buatkan Korea Selatan hampa dalam usaha memburu jaringan di babak pertama tatkala Sang Garuda begitu berdisiplin mempertahankan gawang mereka.

Ad

Bersambung di babak kedua, skrip sama berulang dengan penguasaan bola jelas dimiliki oleh juara Asia 2 kali itu dan memaksa para pemain Indonesia bekerja keras di bahagian belakang.

Ad

Ketika aksi menuju masa kecederaan, Indonesia dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dan sepakan Evandra Florasta dinafikan penjaga gawang Korea sebelum percubaan susulan beri gol kemenangan buat Sang Garuda.

Ad

Tamat aksi, Korea Selatan 0-1 Indonesia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments