Ads
Gol Sendiri ‘Ala’ Robin Van Persie Terjadi Di Liga Thailand
Asia Tenggara
Thai League

Gol sendiri paling unik mencuri perhatian apabila berlaku di Liga Thailand baru-baru ini.

Advertisements

Pertembungan antara pasukan Chonburi dan juga PT Prachuap bagi aksi ke-28 musim ini.

Advertisements

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan Chonburi diketuai oleh Willian Lira dan juga Caion.

Advertisements
Advertisements

PT Prachuap mempertaruhkan Derley dan juga Samuel untuk merobek gawang yang dikawal kemas oleh Patrick Deyto.

Aksi babak pertama terikat 0-0 dengan kekebalan benteng pertahanan kedua-dua pasukan menyelamatkan keadaan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pertukaran oleh PT Prachuap yang membawa masuk bekas pertahanan Ratchaburi, Pawee Thanthatemee membawa padah.

Pemain berusia 27 tahun itu telah beraksi sebanyak 21 perlawanan pada musim ini meletakkan pasukannya dalam keadaan cemas.

Semuanya berlaku apabila pemain Chonburi cuba memerangkap barisan pertahanan lawan menerusi beberapa hantaran jauh ke dalam kotak penalti.

Keadaan ini memerangkap bekas rakan sepasukan Safawi Rasid apabila beliau menanduk masuk bola hantatan tinggi ke dalam gawang sendiri.

Kedudukan penjaga gol yang telah meninggalkan posisinya memburukkan lagi keadaan untuk gol pembukaan perlawanan.

Aksi bagaimanapun berakhir dengan keputusan 1-1 apabila Samuel meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

Advertisements

Video: Chonburi vs PT Prachuap

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram