Safawi Rasid Kongsi 3 Perbezaan Liga Malaysia & Thailand
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pemain baharu Terengganu FC, Safawi Rasid mendedahkan tiga perbezaan Liga Malaysia dan Thailand.

Bintang JDT itu melengkapkan perpindahan ke kelab Pantai Timur dengan tempoh pinjaman selama satu musim.

Beliau datang ke Terengganu bersama seorang lagi rakan sepasukan, Akhyar Rashid untuk membantu jentera serangan skuad Peteh.

Advertisements

Mengulas lanjut, Safawi menyatakan rasa teruja untuk kembali bekerjasama dengan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner selepas pernah beraksi di bawah kendaliannya sebelum ini.

“Sebelum ini saya pernah beraksi di bawah kendaliannya (Tomislav), saya gembira dapat kembali dan tak sabar untuk memulakan latihan.”

Advertisements

Bekas pemain Ratchaburi FC ini juga berkongsi perbezaan Liga Malaysia dan Thailand berdasarkan pengalamannya beraksi di sana.

“Bagi saya sana lebih baik (Liga Thailand) dari segi fasiliti seperti padang, kalau di Malaysia hanya ada JDT dan Terengganu. Di sana, kebanyakan pasukan beraksi dengan corak permainan yang laju.”

Advertisements

“Di Liga Thailand juga mempunyai VAR, jadi mudah untuk pengadil melakukan keputusan dan bagi saya secara keseluruhannya di sana lebih baik,” katanya kepada Terengganu FC.

Safawi datang ke Terengganu untuk memperoleh lebih banyak minit bermain selepas hanya tampil 42 minit secara keseluruhan dalam aksi Liga Super musim lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram