Akhyar Rashid Beri Sebab Setuju Sertai Terengganu
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap lincah negara, Akhyar Rashid memberi sebab untuk bersetuju melengkapkan perpindahan ke Terengganu FC.

Bintang berusia 24 tahun itu menyertai skuad Peteh sebagai pemain pinjaman selama semusim dari kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perpindahan ini juga menyaksikan beliau diiringi oleh seorang lagi rakan sepasukannya, Safawi Rasid yang juga menyertai pasukan itu secara pinjaman.

Advertisements

Kehadirannya menyaksikan posisi pemain sayap kiri dijangka bakal menjadi miliknya bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan pemain import Terengganu FC musim lepas iaitu Sony Norde.

Pemain yang mempunyai kelajuan dan teknik kawalan bola yang cukup baik ini berjaya menarik minat pengendali pasukan iaitu Tomislav Steinbruckner untuk meletakkannya dalam senarai pemain yang dimahukannya dalam skuad musim 2024/2025.

“Terengganu FC adalah pasukan yang sentiasa konsisten dalam menempatkan diri sebagai salah sebuah pasukan gergasi di Liga Malaysia. Pasukan ini berjaya menjadi pencabar kejuaraan yang sangat kuat pada musim lepas dibawah kendalian Tomislav Steinbcruckner.”

Advertisements

Keinginan tinggi oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbrucker untuk mendapatkan khidmatnya menyaksikan Akhyar bersetuju untuk menyertai Terengganu.

“Apabila mendapat tahu Tomislav berminat untuk mendapatkan khidmat saya, saya merasa sangat teruja.”

“Persaingan merebut tempat juga sengit, namun saya sudah terbiasa dengan perkara tersebut kerana persaingan untuk mendapatkan tempat di pasukan lama iaitu Johor Darul Ta’zim sudah terbukti cukup sengit dan hebat,” ujarnya kepada Terengganu FC.

Advertisements

Akhyar berazam untuk cuba memberikan yang terbaik dalam latihan dan juga perlawanan selain menunjukkan kualiti yang ada pada dirinya selain misinya untuk membantu Terengganu FC memburu kejuaraan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram