Terkini: Safawi Rasid & Akhyar Rashid Sertai Terengganu
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Dua bintang negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC.

Desas-desus mengenai masa depan dua pemain ini mula diperkatakan selepas kurang mendapat minit bermain bersama kelab semasa, Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan persaingan sengit.

Masa depan bintang Harimau Malaya ini akhirnya terjawab apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu FC.

Advertisements

Kehadiran dua pemain lincah ini sudah pasti memberi tambahan kreativiti buat jentera serangan Tomislav Steinbruckner yang sudah pun mengekalkan khidmat penyerang Croatia, Ivan Mamut.

Safawi dan Akhyar merupakan antara watak penting buat Malaysia terutamanya dalam kempen di Piala Asia AFC 2023 baru-baru ini.

Bagi saingan Liga Super 2023, Akhyar memperoleh hampir 350 minit bersama skuad Harimau Selatan dan menjaringkan tiga gol sementara Safawi hanya beraksi sekitar 42 minit.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram