Akhyar & Safawi Rasmi Tinggalkan JDT Secara Pinjaman
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap JDT, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Ini selepas pengumuman yang dibuat laman rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini yang memaklumkan seramai lima orang pemain dalam skuad utama JDT akan dipinjamkan.

Difahamkan dua pemain sayap sensasi ini bakal berhijrah ke pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu.

Advertisements

Selain Akhyar dan Safawi, penyerang sensasi Syafiq Ahmad dan Oscar Arribas serta Haziq Nadzli turut akan dipinjamkan ke pasukan lain.

JDT dalam pada itu turut mengumumkan perpisahan dengan enam pemain lain iaitu Aidil Zafuan, S Kunanlan, Hazwan Bakri, Adam Nor, Diogo dan Leandro Velazquez.

Perpisahan mengejut ini diatur JDT dalam usaha skuad Harimau Selatan itu melakukan transformasi untuk mengurangkan perbelanjaan kelab sekitar 30-40%. Ini demi penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan kelab dalam jangka masa panjang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram