Advertising
Gol Sendiri Paling Padu, Penjaga Gol Mati Akal
MakanBola
Asean United FC

Aksi jaringan sendiri pemain Filipina ketika menentang Laos malam tadi membuat penjaga gol mati akal. 

Pemain tengah Filipina, Michael Baldisimo melakukan tandukan ke arah gawang gol sendiri selepas sepakan penjuru diambil oleh pemain Laos. 

Jaringan sendiri ini terjadi ketika aksi Filipina berdepan Laos dalam perlawanan kedua ASEAN Championship peringkat kumpulan B.

Ad

Perlawanan tersebut berkesudahan seri satu sama menyaksikan Filipina bawa pulang satu mata berharga dari Laos. 

Ketika ini, Filipina berada di tangga ketiga kumpulan berkongsi mata dengan Laos yang di tangga keempat dengan dua mata.

Ad
Ad

Filipina berkelebihan untuk layak ke pusingan kalah mati kerana masih belum tewas dalam dua perlawanan. 

Ad

Selepas ini, Filipina akan berdepan Vietnam pada 18 Disember dan menentang Indonesia pada 21 Disember ini.