Gol Sulung Arif Aiman Pastikan Malaysia Tumbangkan  Solomon Islands
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pertembungan melibatkan Malaysia dan Solomon Islands bagi aksi persahabatan tier 1 berkesudahan kemenangan menjadi milik skuad kebangsaan dengan penuh bergaya.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon memulakan perlawanan dengan rentak terbaik untuk menekan pertahanan lawan.

Asakan bertali arus skuad kebangsaan bagaimanapun gagal diterjemahkan dengan gol yang diharapkan.

Advertisements

Malaysia bagaimanapun tersentak dengan gol daripada Kepulauan Solomon menerusi Raphael Li’ai apabila kesilapan penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.

 Peluang terbaik Malaysia hadir menerusi sepakan percuma namun rembatan kencang pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman melepasi palang gol.

Advertisements

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila rembatan kencang penyerang negara, Paulo Josue untuk gol penyamaan pasukan negara pada minit ke-40 sebelum penalti Arif Aiman memberikan kelebihan buat Malaysia.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus menggandakan usaha menjaringkan gol namun ketangkasan luar biasa penjaga gol lawan, Phillip Mango menafikan setiap peluang yang terhidang.

Advertisements

Kemasukan pemain gantian, Safawi Rasid menambah derita anak didik Filipine Vega-Arango Alonso apabila meledak gol cantik buat Harimau Malaya pada minit ke-77.

Gol keempat Malaysia dijaringkan oleh Lee Tuck pada masa tambahan untuk melengkapkan kemenangan besar buat pasukan negara.

Advertisements

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat untuk memastikan kemenangan buat skuad kebangsaan dan menjadi motivasi terbaik berdepan Papua New Guinea bagi aksi berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram