Gol Tercalon Ke Puskas? Faisal Halim Tak Fikir, Kekal Rendah Diri
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap negara, Faisal Halim tidak mahu memikirkan mengenai pencalonan golnya ke Puskas FIFA selepas memenangi gol terbaik di Piala Asia 2023.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Menerusi pengumuman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jaringan pemain yang mesra disapa Mickey itu berjaya menewaskan 132 gol lain selain mengatasi 7 pencalonan lain dalam kategori tersebut.

Advertisements

Menurut Faisal, beliau amat berbesar hati sekiranya jaringan beliau tersenarai ke Puskas namun kekal merendah diri.

“Pada saya, kalau gol saya ini dicalonkan ke Puskas (FIFA) cukup besar sebenarnya, ia anugerah yang cukup besar. Akan tetapi, saya sebagai pemain amat berbangga kalau disenaraikan.”

“Untuk menang (Puskas) sudah tentu jauh sekali dalam anugerah itu, tetapi rezeki kita tak tahu. Saya dah menang untuk Piala Asia (gol terbaik kejohanan) ini pun sudah bermakna untuk saya.”

Advertisements

Pemain kelahiran Mengkuang Titi ini menganggap kemenangan itu amat berharga buat dirinya dan bakal menjadi memori yang akan diingati sampai bila-bila.

“Ia satu anugerah terbesar dalam hidup saya dan memori ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya rasa Puskas itu saya tak nak fikir sangat, saya tak nak fokus sangat. Fokus saya sekarang untuk pasukan kebangsaan dan kelab saya,” katanya kepada Selangor FC.

Bekas pemain Terengganu ini memperoleh 85 peratus undian sekaligus mengatasi dua pencabar terdekatnya iaitu Mousa Al-Tamari (Jordan) dengan 9 peratus sementara kapten Korea Selatan, Son Heung-min di tangga ketiga dengan 3 peratus undian.

Advertisements

Beliau bagaimanapun tidak pernah menyangka bahawa jaringannya dapat mengatasi pencabar lain seperti Son dan juga Musa Al-Tamari.

“Sudah tentu tidak sama sekali, saya tak pernah menjangka saya dapat mengatasi pemain yang hebat, nama-nama besar. Ini semua rezeki, atas usaha saya dan rakan-rakan saya yang membantu.”

“Semua rakyat Malaysia (terima kasih) dan jurulatih pasukan kebangsaan, jurulatih Kim (Pan Gon) dan semua yang terbabit dalam membentuk saya, membantu saya untuk menjadi pemain terbaik.”

Advertisements

“Begitu juga kelab saya yang banyak membimbing saya. Saya takkan lupa apa yang saya ada sekarang dan saya tak pernah rasa bangga apa yang saya ada sekarang.”

Faisal merupakan penjaring terbanyak Malaysia bagi tahun 2023 dengan 6 gol selain merekodkan 5 bantuan gol.

Cabaran seterusnya adalah berdepan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di laman lawan pada 22 Mac 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram