Advertising
Gol Vissel Kobe Sebenarnya Ofsaid? Subkhiddin Ada Jawapannya
MakanBola
J. League International

Pendahulu J1 League, Vissel Kobe dianggap bernasib baik apabila gol kemenangan mereka ke atas Urawa Reds pada minit ke-96 dikira oleh pengadil.

Ini kerana menurut bekas pengadil negara, Subkhiddin Salleh, gol tersebut boleh dibatalkan atas kesalahan ofsaid.

Beliau ditanya tentang perkara ini di X oleh pengguna akaun Ahmad Ridzuan AG. Ini susulan satu video mendakwa gol Yuya Osako itu tidak sepatutnya disahkan oleh pengadil.

Ad

“Situasi yang menarik dan jarang sekali berlaku. 10 orang pemain ’merah’ (Urawa Reds) berada di dalam kawasan pemain putih (Vissel Kobe) termasuk penjaga gol. Cuma terdapat seorang pemain pertahanan ‘merah’ berada didalam kawasannya sendiri.

Ad

“Oleh itu saya berpendapat ianya perlu dihukum ‘offside interfering with play’ kerana menerima bola (dari rakannya penjaga gol) semasa dia berada dalam posisi hampir dengan garisan gol pihak lawannya berbanding dengan dua pemain lawannya yang terakhir,” katanya.

Ad
Ad

Gol tersebut bukan saja gol ke-22 Osako dalam J1 League musim ini. Malah, ini membantu mereka melebarkan sedikit jurang mata kepada dua mata dengan pasukan di tempat kedua, Yokohama F. Marinos.

Ad

Di samping itu, ini turut menamatkan harapan Urawa untuk memburu kedudukan dua teratas liga untuk musim 2023.

Ini merupakan kekalahan kelima Urawa dalam semua kejohanan termasuk ACL. Urawa perlu bangkit segera daripada prestasi buruk ini jika mahu kekal dalam kedudukan tiga teratas J1 League.