Advertising
Graham Arnold Akui Bahrain Beri Aksi Sukar Kepada Australia
MakanBola
Subway Socceroos

Jurulatih Australia, Graham Arnold mengakui Bahrain memberikan aksi sukar kepada Australia sewaktu perlawanan persahabatan tempoh hari.

Namun begitu pasukan Australia tetap mampu menewaskan Bahrain dengan jaringan 2-0 menerusi gol sendiri Amine Benaddi dan Mitchell Duke.

Ad

“Saya rasa pasukan dari Timur Tengah sudah semakin kuat dan mereka memiliki fizikal lebih besar dari yang saya jangkakan.”

Ad

“Sukar untuk melatih pemain menentang pasukan sebegini selagi kita tidak mengaturkan sebuah perlawanan.” ujar Arnold menurut Subway Socceroos.

“Kami bermain semakin baik. Sepanjang perlawanan kami berjaya mengekang mereka dan memastikan mereka tidak dapat melakukan serangan balas, corak permainan kegemaran mereka.”

Ad

“Qatar yang berada di Timur Tengah memiliki suasana yang berbeza, termasuk keadaan padang.” ujarnya.

Ad
australia socceroos Graham Arnold Akui Bahrain Beri Aksi Sukar Kepada Australia
Subway Socceroos

“Jadi perlawanan ini amat bagus untuk Australia sebelum berangkat ke Doha. Bahrain adalah lawan yang sempurna kerana dalam saingan Piala Asia kelak kita akan menentang beberapa pasukan yang bermain seperti Bahrain.” jelas Arnold lagi.

Ad

Australia bakal menentang India pada 13 Januari ini sebagai aksi pertama peringkat kumpulan B Piala Asia 2023.

Seterusnya anak buah kendalian Graham Arnold bakal menentang Syria dan Uzbekistan.

Australia yang merupakan juara Piala Asia 2015 hadir ke Qatar dengan misi yang besar untuk merampas kembali kejuaraan tersebut yang kali terakhir dimenangi oleh Qatar.

Bahrain pula ditempatkan dalam kumpulan E bersama-sama pasukan Malaysia, Jordan dan Korea Selatan.

Bahrain akan menghadapi gergasi Asia, Korea Selatan pada 15 Januari ini diikuti Malaysia pada 20 Januari dan Jordan pada 25 Januari.