Guntur Sulistyo Kongsi Beza Persaingan Futsal Malaysia & Indonesia
UltraSukan
Pahang Rangers FC
Sponsors

Pemain kebangsaan Indonesia, Guntur Sulistyo berkongsi perbezaan ketara sukan futsal di Malaysia dan negara beliau.

Guntur yang kini menyarung jersi Pahang Rangers masih segar dengan kejayaan membantu pasukannya itu meraih tempat ketiga di Malaysia Futsal Cup pada Ahad lalu.

Ad

Ketika ditemui selepas aksi, Guntur berkata, antara faktor peningkatan kualiti liga futsal di Malaysia adalah kerana kehadiran jurulatih dan pemain import dari luar yang banyak membantu pasukan.

Ad

”Bagi saya, banyak jurulatih dari luar negara dan pemain import juga membantu untuk mengangkat pasukan dan pemain seperti saya boleh belajar banyak perkara dari mereka,” ujar Guntur.

Tambah beliau lagi, tahap persaingan liga di Indonesia lebih tinggi memandangkan kebanyakan pemain bermain sepenuh masa dan perlu mempamer prestasi terbaik setiap musim jika mahu terus relevan di sana.

Ad

”Liga (di Malaysia) ok dan kompetitif tetapi di (Indonesia) lebih kompetitif di sana, cuma di sini sebahagiannya adalah pemain sambilan sementara di Indonesia semuanya sepenuh masa.”

Ad

”Jadi untuk saya, jika tahun ini saya tak bermain dengan baik, tahun depan saya bingung mahu bermain dengan pasukan yang mana,” kata Guntur yang sebelum ini bersama Gombak TOT United.

Ad

Dalam masa yang sama, Guntur juga sempat meluahkan hasrat untuk terus mewarnai liga futsal di Malaysia dan berharap dapat membantu Pahang Rangers di musim akan datang.