Habuan RM1.4 Juta Dalam Tangan Selangor
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Selangor FC bakal menerima habuan sebesar RM1.4 Juta.

Penyertaan dalam kejohanan Asia itu bakal memberikan pulangan lumayan kepada The Red Giants yang menjadi wakil tunggal Malaysia pada pentas tersebut.

Ad

Menerusi satu kenyataan oleh laman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selangor telah dijanjikan habuan sebesar 300,000 USD (RM1.4 Juta) di Asia.

Ad

“Semua kelab yang mengambil bahagian akan disokong oleh peningkatan ketara dalam pengagihan kewangan, kerana pasukan yang memasuki peringkat kumpulan dijamin sekurang-kurangnya USD 300,000 (RM1.4 Juta).

“Wang tambahan tersedia berdasarkan penempatan akhirnya, bermakna juara akan menerima sekurang-kurangnya 3.28 juta USD (RM17.8 Juta).

Ad

Majlis cabutan rasmi untuk peringkat kumpulan akan dijalankan pada 16 Ogos 2024, dengan butiran lanjut mengenai cara cabutan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ad

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan 16 yang dijalankan secara timbal balik dan berlangsung dari 11 hingga 20 Februari 2025.

Ad

Perlawanan suku akhir dan separuh akhir berlangsung secara timbal balik pada 4 dan 13 Mac, 2025 dan 8 hingga 16 April, 2025, sebelum perlawanan akhir hanya berlangsung satu perlawanan pada 17 Mei 2025.