Habuan sebesar RM1.9 Juta menanti Selangor FC tidak lama lagi.
Skuad Merah Kuning cemerlang meraih satu mata menentang Sabah sekaligus melebarkan rekod 12 perlawanan tanpa sebarang kekalahan.
Anak buah Katsuhito Kinoshi hanya berbaki tiga perlawanan untuk mengesahkan status selaku naib juara Liga Super buat musim kedua berturut-turut.
Selangor kini mengumpul 43 mata dan meninggalkan Sabah di tangga ketiga dengan 35 mata sekaligus mencerahkan peluang untuk merebut posisi kedua liga.
Berdasarkan sistem agihan wang ganjaran yang diperkenalkan oleh Malaysia Football League (MFL), Selangor berpeluang untuk merangkul RM1.9 Juta secara keseluruhan sekiranya muncul naib juara Liga Super 2024/25.
MFL memperkenal sistem agihan rata iaitu 500,000 buat semua pasukan manakala agihan merit berdasarkan kedudukan pasukan dalam liga.
Juara Liga Super akan memperoleh wang ganjaran RM2.4 Juta secara keseluruhan manakala naib juara akan memungut RM1.9 Juta.
Pasukan tempat ketiga berpeluang untuk meraih RM1.5 Juta disusuli oleh pasukan tangga ke-4 dengan RM1.2 Juta.
Kedudukan ini juga membuka peluang kepada Selangor untuk menjadi wakil Malaysia bagi saingan AFC Champions League Two (ACL2) setelah menamatkan saingan pada peringkat kumpulan musim ini.