Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Selangor sekat tiga mata penting Sabah di Stadium MBPJ.
Kedua-dua pasukan turun dengan misi utama bagi mendapatkan tiga mata berharga. Sabah cuba ikuti rapat The Red Giants selepas ketika ini menduduki tangga ketiga liga.
Aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, kedua-dua pasukan sama rata menguasai permainan.
Masing-masing berjaya membuat empat percubaan tepat ke arah gawang gol. Namun, penjaga gol Sabah dan Selangor beraksi cemerlang.
Sabah hampir membuka jaringan pertama menerusi sepakan penalti, selepas Saddil Ramdani dijatuhkan dalam kotak penalti. Namun, sepakan yang diambil oleh Darren Lok berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor, Kalamullah Al Hafiz pada minit ke-76 permainan.
Kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan. Keputusan tamat, masing-masing berkongsi satu mata.
Ketika ini, Selangor berada dikedudukan kedua liga dengan 43 mata dan Sabah di tangga ketiga dengan 35 mata.
Selepas ini, Sabah akan bertemu Terengganu pada 7 Mac sementara Selangor akan berjumpa Kuching City pada 16 Mac hadapan.