Selepas diketepikan daripada skuad utama Perak FC, Hadi Fayyadh dilaporkan bakal sertai pasukan PDRM FC bagi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2023 ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuaimi yang menyatakan bahawa PDRM FC berminat untuk mendapatkan bekas penyerang kebangsaan itu secara pinjaman.
Walaubagaimanapun, semuanya masih dalam fasa rundingan dan tiada kata putus lagi oleh kedua-dua belah pihak.
Baru-baru ini, Hadi Fayyadh kembali menemui sentuhannya apabila berjaya menjaringkan satu gol bersama Perak FC II dalam saingan Piala MFL.