Advertisement
Hadif Hizamshol & Pemain Malaysia Berentap Di England
Eropah
MakanBola
Harimau Abroad

Perlawanan persahabatan membabitkan delegasi pemain ‘Dare to Dream’ dan skuad The New Saints (TNS) Bawah 19 Tahun (B-19) baru-baru ini turut menampilkan seorang pemain muda Malaysia yang berbakat.

Pemain yang dimaksudkan ialah pemain sayap muda, Hadif Hizamshol. Mengikut keterangan akaun X Harimau Abroad, beliau diturunkan dalam aksi persahabatan yang berlangsung baru-baru ini.

“Hadif Hizamshol dan The New Saints FC baru-baru ini beraksi dalam aksi persahabatan dengan sekumpulan pemain Malaysia yang berlatih di Wolverhampton Wanderers dan diketuai oleh Zainal Abidin Hassan,” katanya.

Selepas tamat perlawanan, Hadif turut mengambil kesempatan bergambar dengan delegasi ‘Dare to Dream’ pada hari itu.

Selepas menyertai TNS dengan kontrak pendidikan selama dua tahun, beliau mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Ini termasuk menjaringkan satu gol untuk pasukan simpanan TNS ketika mereka turun menentang pasukan simpanan Mold Alexandra pada 28 Ogos 2023. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 8-1 buat TNS.

Selain TNS, Hadif juga sebelum ini beraksi untuk satu lagi pasukan remaja kelab Wales iaitu Caernarfon Town.

TNS merupakan pasukan hebat di Wales kerana pernah bergelar juara Cymru Premier (liga bola sepak utama Wales) sebanyak 15 kali.