Hafizh Syahrin Raih Tempat Kedua Di Thailand
UltraSukan
JDT Racing Team
Advertisements

Selepas kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan pertama kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 semalam, Hafizh Syahrin kembali bangkit.

Pelumba JDT Racing Team itu meraih kedudukan kedua dalam perlumbaan kedua ASB1000 yang diadakan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

Selepas masalah mekanikal yang dialami jenteranya dalam perlumbaan pertama semalam dapat dibaiki, Hafizh memulakan perlumbaan dengan penuh keyakinan.

Advertisements

Bermula dari kedudukan ketiga, Hafizh berjaya mengejar pelumba Indonesia yang mewakili Honda Dream Asia Racing Team, Andi Farid Izdihar sebelum mendahului perlumbaan.

Jentera Ducati yang ditunggang beliau pada awalnya terus memecut laju meskipun cuba disaingi pelumba-pelumba lain.

Bagaimanapun, sedikit kesilapan membenarkan Andi Farid memintasnya sekaligus meletakkan Hafizh di tempat kedua.

Advertisements

Bekas pelumba MotoGP itu kemudiannya dicabar pelumba Honda Dream Asia Racing Team, Nakarin Atiratphuvapat untuk kedudukan kedua.

Bagaimanapun, Hafizh berjaya mengekalkan kedudukan tersebut sehingga ke garisan penamat sekaligus menceriakan kem JDT Racing Team. Beliau merekodkan catatan masa 1:36.123 saat dan hanya dipisahkan 0.771 saat dengan Andi Farid.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram