Hafizh Syahrin: Saya Seperti Tunggang Kuda
UltraSukan
JDT Racing Team
Advertisements

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin mengakui kejayaan muncul juara perlumbaan pertama pusingan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut Hafizh, terdapat sedikit masalah pada jentera miliknya ketika menuju penghujung perlumbaan yang mana menyukarkan beliau untuk mengawal dan dalam masa yang sama mengejar tempat ke garisan penamat.

“Bagi kami, ia bukan mudah untuk menangani perlumbaan kali ini kerana dalam tiga pusingan terakhir, saya berdepan kesukaran untuk menghentikan jentera saya,” ujar Hafizh setelah pelumbaan menurut laporan Astro Arena.

Advertisements

Beliau yang menunggang jentera Ducati Panigale V4R berkongsi cabaran yang dihadapi melibatkan brek jenteranya yang menyebabkan gegaran melampau sehingga beliau merasakan sedang menunggang seekor kuda.

“Saya rasa anda dapat lihat di kaca televisyen betapa jentera saya banyak bergerak ketika saya brek dan (kelihatan) seperti saya sedang menunggang kuda,” tambahnya lagi.

Pada perlumbaan pertama yang berlangsung di Litar Zhuhai, Hafizh tampil cemerlang mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 20 minit 24.461 saat (s) dalam kategori Asia Superbike 1000cc.

Advertisements

Tempat kedua menjadi milik pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar yang mewakili Honda Asia-Dream Racing manakala seorang lagi pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzan dari TKKR BMW Racing Team meraih tempat ketiga.

Perlumbaan kedua yang dijadualkan berlangsung pada Ahad walau bagaimanapun terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat dan amara taufan yang dikeluarkan sekaligus memaksa penganjur mengambil keputusan yang selamat buat semua pihak.

Saingan ARRC pusingan ketiga akan bersambung pada 7 Jun hadapan dengan Jepun bakal menjadi destinasi seterusnya buat para pelumba bersaing merebut kedudukan podium di Mobility Resort Motegy.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram