Hafizh Syahrin Muncul Juara Di China
UltraSukan
JDT Racing Team
Advertisements

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah pamer kecemerlangan dengan mengungguli perlumbaan satu kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) hari ini.

Kejayaan ini dicapai dalam pusingan kedua Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 yang berlangsung di Zhuhai, China.

Selepas berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua kategori ASB1000 di Buriram, Thailand bulan lalu, Hafizh semakin bersemangat memburu kemenangan pertama untuk JDT Racing Team.

Advertisements

Beliau melaungkan amaran kepada semua pencabarnya dengan merekodkan catatan masa terpantas iaitu 1:33.351 saat (s) dalam sesi kelayakan yang berlangsung tengah hari tadi.

Hafizh mengetepikan cabaran pelumba Honda Asia-Dream Racing Team dari Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dan rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzzaman yang mewakili TKKR BMW Racing Team.

Sebaik perlumbaan bermula, beliau yang menunggang jentera Ducati berusaha menjarakkan diri daripada pelumba-pelumba lain termasuk Nakarin dan Azlan Shah.

Advertisements

Tatkala barisan pelumba lain bersaing merebut kedudukan, Hafizh terus selesa mendahului. Malah, pada satu ketika, beliau memiliki kelebihan hampir satu saat di hadapan Azlan Shah yang berada di tempat kedua.

Kelebihan itu terus dilebarkan kepada 2.1 saat. Langkah itu diambil selepas Hafizh menyedari pendahulu kategori ASB1000, Andi Farid Izdihar mula menghambat beliau dan Azlan dalam beberapa pusingan terakhir.

Dan itu sudah cukup buat bekas pelumba MotoGP itu muncul juara perlumbaan pertama ASB1000 di Zhuhai. Sementara Andi dan Azlan masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Advertisements

Ini kejayaan pertama JDT Racing Team dalam saingan ARRC 2024 untuk kategori ASB1000. Rentak cemerlang ini dilihat mahu dikekalkan Hafizh untuk perlumbaan kedua ASB1000 yang berlangsung esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram