Hajat Podium Hafizh Syahrin Tersekat Di Mandalika
UltraSukan
JDT Racing Team
Sponsors

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah hampa apbila terlepas peluang meraih podium dalam perlumbaan terbaru Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Mandalika, Indonesia.

Selepas berjaya meraih tempat keempat dalam perlumbaan Suzuka 8 Hours di Jepun baru-baru ini, pelumba negara itu berusaha mengekalkan momentum dalam ARRC 2024 untuk kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000).

Ad

Hafizh yang juga pendahulu keseluruhan ASB1000 berusaha menunjukkan prestasi yang terbaik dalam sesi kelayakan. Hasilnya, beliau merekodkan catatan masa keempat terpantas iaitu 1:35.973 saat (s).

Ad

Beliau berada di belakang tiga pelumba yang mencipta masa terpantas dalam sesi kelayakan. Mereka ialah Soichiro Minamimoto, Yuki Kunii dan Andi Farid Izdihar.

Sebaik perlumbaan pertama ASB1000 bermula, Hafizh membuat permulaan baik dengan meraih tempat kedua di belakang Kunii. Sementara Minamimoto pula bernasib malang apabila berada di kedudukan keenam.

Ad

Kedua-dua pelumba itu dihambat dua pelumba Honda Asia-Dream Racing Team, Andi Farid Izdihar dan Nakarin Atiraphuvapat. Kepantasan jentera Honda yang ditunggang Andi membantunya memintas Hafizh pada pusingan ketiga perlumbaan.

Ad

Kelebihan jentera sama digunakan Nakarin untuk memintas bekas pelumba MotoGP itu. Hafizh semakin ketinggalan apabila dipintas Lachlan Epis, Sho Nishimura dan Minamimoto.

Ad

Nakarin kemudiannya bernasib malang apabila terbabas semasa cuba mengejar Kunii. Ini mengakibatkan beliau berada di kedudukan keenam di hadapan Hafizh.

Dan itu sudah cukup untuk membantu Andi muncul juara perlumbaan pertama ASB1000 di Mandalika. Sementara Kunii dan Epis pula masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Manakala Hafizh pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketujuh. Pelumba berusia 30 tahun itu masih berpeluang meraih kemenangan atau podium menerusi perlumbaan kedua ASB1000 yang berlangsung pada 28 Julai ini.