Ads
Hafizh Syahrin Terlepas Podium Suzuka 8 Hours
UltraSukan
FIM Endurance World Championship

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah terlepas peluang meraih kedudukan podium Suzuka 8 Hours Endurance.

Advertisements

Hafizh yang mewakili Ducati Team Kagayama merekodkan tempat keempat bersama rakan sepasukan dari Jepun, Ryo Mizuno dan pelumba Australia, Joshua Waters.

Advertisements

Team HRC with Japan Post yang diwakili Teppei Nagoe, Johann Zarco (Perancis) dan Takumi Takahashi muncul juara perlumbaan.

Advertisements
Advertisements

Sementara YART-Yamaha dan Yoshimura SERT Motul pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua dan ketiga perlumbaan.

Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance merupakan sebahagian daripada kalendar FIM Endurance World Championship 2024.

Advertisements

Meskipun mendapat tempat keempat, ini satu pengalaman hebat buat Hafizh. Ini kerana beliau menduduki kedudukan yang bagus memandangkan ini penyertaan pertamanya bersama Ducati Team Kagayama.

Hafizh bukan satu-satunya jaguh Asian Superbike 1000 (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 yang mengambil bahagian.

Antara jaguh ASB1000 lain yang turut mengambil bahagian ialah pelumba tuan rumah Yuki Kunii, Andi Farid Izdihar dan juara ASB1000 musim 2023 dari Jerman, Markus Reiterberger.

Beberapa pelumba Malaysia turut menyertai perlumbaan sama iaitu Azlan Shah Kamaruzaman, Zaqhwan Zaidi dan Muhammad Helmi Azman.

Advertisements

Selepas ini, Hafizh akan kembali fokus untuk aksi terbaru ARRC 2024 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia dari 26 hingga 28 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram