Arif Aiman & Maarten Paes Dapat Undian Tinggi Peminat
MakanBola
Malaysia NT/Timnas Indonesia

Bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi serta penjaga gol Indonesia, Maarten Paes tampil memukau untuk meraih undian yang tinggi dari para peminat selepas perlawanan FIFA ASEAN Cup 2026.

Aksi Malaysia vs Indonesia dalam saingan FIFA ASEAN Cup 2026 berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Keputusan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi mata selepas gagal memecahkan kebuntuan sepanjang 90 minit permainan.

Penjaga gol Indonesia, Maarten Paes tampil cemerlang mempertahankan kubu pasukannya apabila berjaya memastikan gawang Indonesia kekal tidak dibolosi sehingga wisel penamat.

Kecemerlangan Paes itu turut mendapat pengiktirafan daripada peminat menerusi undian Player of the Match – Fan Pick di laman Sofascore selepas perlawanan.

Paes mengungguli undian tersebut dengan 57 peratus, bersamaan kira-kira 1.7 ribu undian, jauh meninggalkan calon-calon lain yang disenaraikan.

Dalam pada itu, bintang Harimau Malaya, Arif Aiman turut menerima sokongan tinggi apabila mengumpul 18 peratus undian untuk berada di tempat kedua.

Arif memukau sepanjang perlawanan menerusi beberapa gerakan individu dan larian pantas yang beberapa kali mengucar-ngacirkan barisan pertahanan Indonesia.

Kelincahan serta keberanian pemain berusia itu untuk mencabar pertahanan lawan turut menghasilkan beberapa peluang buat dirinya mencetak jaringan, namun percubaannya masih belum berjaya menemui sasaran.

Dua lagi pemain Indonesia, Elkan Baggott dan Calvin Verdonk masing-masing menerima empat dan sembilan peratus undian dalam senarai tersebut.

Paes dan Arif Aiman akhirnya menjadi dua nama paling menonjol dalam undian peminat selepas aksi sengit kedua-dua pasukan yang menyaksikan Malaysia dan Indonesia terpaksa berpuas hati dengan satu mata.