UltraSukan
Olympics Council of Malaysia
Advertisements

Datuk Haji Hamidin Mohd Amin tampil menjelaskan mengenai isu warna yang digunakan di set pakaian atlet Malaysia yang akan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

Advertisements

Sebelum ini, media sosial dikecohkan dengan berita pakaian sukan yang bakal digunakan oleh atlet negara yang dikritik hebat dek kerana hasilnya yang mengecewakan dan tidak mencapai harapan yang diletakkan oleh para peminat.

Set pakaian yang terdiri daripada baju berkolar, baju T dan jaket ini telah diperkenalkan dalam satu majlis di The Exchange TRX Ahad lalu dan telah menerima maklum balas yang negatif terutamanya dari segi pemilihan warna dan corak.

Advertisements

Datuk Haji Hamidin selaku Chief De Mission negara tampil bersuara mengenai isu ini dan menjelaskan bahawa semua pihak termasuk Olympics Council of Malaysia (OCM) telah bersetuju untuk memilih warna emas bagi menggantikan warna oren yang sudah digunakan sekian lama.

”Kita semua telah bersetuju dengan pihak Yonex untuk menggunakan warna emas kerana warna oren yang lama itu telah digunakan sejak 2004,” jelas Datuk Haji Hamidin menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisements

Tambah beliau lagi, penukaran warna ini juga merupakan cadangan dari para atlet yang menyuarakan pendapat selama ini mengenai warna dan corak yang terdapat di kelengkapan sukan mereka.

”Jadi banyak atlet telah minta pada OCM dah lama sejak dari Sukan Sea dan Sukan Asia (supaya) tukarlah warna lain dan corak lain,” ujar beliau yang ditemui ketika turun bertemu dua pemain badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei.

Beliau turut memaklumkan bahawa warna emas ini bersempena dengan tema kontinjen negara yang mahu memburu pingat emas pertama dalam sejarah penyertaam Malaysia di Sukan Olimpik.

”Jadi OCM sepakat dengan Yonex untuk tukarkan warna emas maknanya (seperti) kita sedang memburu pingat emas. Itulah tema sebenarnya. Itu kerana warna emas ini dipilih bersama hitam.”

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dalam satu kenyataan di laman X menjelaskan bahawa corak rekaan kelengkapan sukan atlet ini bukanlah di bawah bidang kuasa kementeriannya beliau.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram