Hamidin Nafi Kim Pan-gon Berniat Tinggalkan Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Situasi sebenar mengenai desas-desus keinginan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon untuk meletak jawatan akhirnya terjawab.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan memberi jawatan sebenar berhubung isu yang dikaitkan.

Katanya, beliau merasa dukacita dengan perkhabaran yang tersebar ketika memasuki 10 Ramadan terakhir.

Advertisements

“Saya sedih sebab surat layang datang pada 10 malam terakhir Ramadan. Netizen dan peminat akan terus menghukum.”

Beliau juga mengesahkan bahawa berita mengenai peletakan jawatan pengendali kelahiran Korea Selatan itu tidak benar.

“Isu Kim Pan-gon, ada pihak yang saja mengeruhkan keadaan yang mengatakan beliau meletak jawatan. Saya menghubungi KPG dan beliau menafikan keadaan itu.”

Advertisements

“Jadi tiada isu di sini yang mana ia cuma cubaan pihak tertentu untuk mencipta satu polemik susulan dua kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Oman, baru-baru ini.”

“Kalau sebegini, susah untuk kita ke Piala Dunia,” ujar Hamidin ketika ditemui di Hotel Dorsett, Subang Jaya.

Keadaan ini disifatkan seperti mahu menyerang peribadi dan juga terhadap kepimpinan yang ada di dalam FAM.

Advertisements

FAM juga mempertimbangkan untuk melakukan laporan polis berhubung surat layang untuk mengenal pasti disebabkan perkara ini lebih mengeruhkan keadaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram