Hamidin Tak Mampu Penuhi Permintaan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pernah meminta untuk saingan Liga Malaysia diawalkan namun permintaan beliau tidak dapat dipenuhi.

Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, beliau mengakui bahawa pengendali Korea Selatan itu memiliki permintaan untuk mengawalkan saingan liga.

Permintaan ini bagaimanapun tidak dapat dipenuhi oleh Hamidin disebabkan perkara ini melibatkan pihak lain terutamanya Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal liga.

Advertisements

“Itu tidak boleh, saya sudah beritahu dia perkara itu tidak boleh. Beliau (Kim Pan-gon) membuat permintaan itu setelah MFL membuat keputusan (untuk melambatkan saingan liga). Permintaan itu telah lewat.”

“Saya bukan nak sokong MFL tetapi saya sudah berbincang dengan Dato’ Ghani (Presiden MFL) kerana perancangan awal sudah pun dibuat,” ujar Hamidin ketika ditemui media di Dorsett Hotel, Subang Jaya.

Advertisements

Keadaan ini menyaksikan skuad negara mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman tanpa sebarang aksi kompetitif.

Hal ini menyaksikan Malaysia tewas dengan keputusan 2-0 dalam kedua-dua aksi yang diharungi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram