Hamidin Tunai Hajat Besar Pau Marti
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan Ketua Jurulatih, Pau Marti.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu kini bergelar pemangku Ketua Jurulatih selepas pemergian Kim Pan-gon yang menyertai Ulsan HD.

Ad

Harimau Malaya telah mengharungi tiga aksi di bawah kendaliannya namun tewas berdepan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan keputusan 4-0.

Ad

Hamidin dalam satu sesi sidang media memaklumkan bahawa FAM sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan barisan kejurulatihan.

Baru-baru ini, FAM telah mendapatkan sentuhan Dr. Xavier Valle iaitu bekas doktor pasukan di FC Barcelona bermula pada tahun 2004 dan juga Edu Martinez yang juga pernah berkhidmat sebagai fisioterapis selama 12 tahun di FC Barcelona sejak 2013.

Ad

Beliau memaklumkan bahawa penambahan dua watak di belakang tadbir ini adalah permintaan Pau Marti untuk membantu barisan pemain negara.

Ad

“Pelantikan dua pakar perubatan itu atas cadangan Pau Marti. Ini juga bagus untuk kita mendapatkan kepakaran dari luar negara.

Ad

“Pelantikan tenaga luar negara bukan menindakkan kepakaran tempatan. Itu permintaan daripada jurulatih dan saya mahukan yang terbaik buat pasukan kebangsaan,” kata Hamidin ketika ditemui di Wisma FAM.

Aksi seterusnya menyaksikan Malaysia akan bertemu India pada aksi persahabatan menentang pasukan ke-125 dunia, India pada 19 November ini.