Advertising
Dua Tenaga Pakar Barcelona Perkasa Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Dua tenaga pakar terkemuka dunia iaitu Fisio dan juga doktor FC Barcelona kini memperkasakan skuad Harimau Malaya.

Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti yang akan bermula pada Khamis, bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024 bakal mendapat sentuhan dua individu yang pernah berkhidmat bersama kelab terkemuka Sepanyol, FC Barcelona.

Ad

Individu yang dimaksudkan ialah Edu Martinez yang juga pernah berkhidmat sebagai fisioterapis selama 12 tahun di FC Barcelona sejak 2013.

Ad

Beliau juga menjadi fisioterapis pasukan utama kelab berkenaan dari Disember 2022 hingga Jun 2024 telah pun tiba di tanah air, semalam.

Edu akan menyertai skuad Harimau Malaya sebagai fisioterapis untuk kem latihan kali ini dan akan bekerjasama dengan fisioterapis dari FAM, Mohamad Harris Zafran Ahmad Haraman.

Ad

Beliau akan membantu bagi sesi terapi dan pemulihan kecederaan pemain-pemain di sepanjang kem latihan.

Ad

Seorang lagi tenaga pakar yang dibawa masuk ialah Dr. Xavier Valle, bekas doktor pasukan di FC Barcelona bermula pada tahun 2004.

Ad

Beliau menggalas tanggungjawab sebagai doktor pasukan untuk pasukan utama kelab berkenaan sejak musim 2021/22 hingga musim 2023/24.

Xavier bagaimanapun tidak hadir secara fizikal di Kuala Lumpur sebaliknya akan berperanan sebagai doktor perunding yang akan bekerjasama dengan pasukan perubatan skuad Harimau Malaya.

Tugasanya adalah untuk meneliti setiap kes kecederaan membabitkan pemain-pemain di sepanjang kem latihan pusat ini.

“Dr. Xavier pada Jun 2023 pernah bersama skuad Harimau Malaya di Kuala Terengganu di sepanjang kem latihan pusat bagi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

“Sejak dari itu, Dr. Xavier terus bekerjasama rapat dengan skuad Harimau Malaya walaupun ketika musim bola sepak biasa berlangsung di Malaysia dengan beliau memberikan pandangannya tentang kecederaan pemain dan akan meneruskan peranannya itu,” ujar satu kenyataan oleh FAM.

Malaysia kendalian Pau Marti akan mengharungi detik sukar apabila dijadualkan bertemu Filipina pada akai separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Bukit Jalil.