Tidak ramai tahu sebelum menyarung jersi Harimau Malaya, Bergson da Silva sebenarnya pernah mewakili skuad Brazil Bawah 20 Tahun (B-20).
Semakan di Transfermarkt menunjukkan Bergson pernah mendapat dua penampilan antarabangsa bersama skuad yang diberi jolokan Canarinha itu pada 2010.
Beliau berkemungkinan meraih dua penampilan tersebut sama ada di bawah bimbingan Rogerio Lourenco atau Luis Antonio Verdini.
Lourenco membimbing skuad muda Brazil dari 2008 hingga 2010 sebelum Verdini memikul tugas itu dari 2010 hingga 2011.
Kini, selepas 16 tahun, Bergson menyarung jersi kuning yang berbeza iaitu jersi skuad kebangsaan Malaysia. Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membalas kepercayaan Tan Cheng Hoe dengan membantu Malaysia cemerlang dalam FIFA ASEAN Cup.
Selepas membantu Harimau Malaya menewaskan Bangladesh 3-0, Bergson membantu skuad negara meraih satu mata ketika menentang Indonesia.
Malaysia berpeluang menjadi juara Kumpulan A FIFA ASEAN Cup dengan syarat menewaskan Singapura dalam aksi terakhir kumpulan pada 1 Oktober ini.