Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi peringatan khusus kepada kelab yang terima geran tukar rumput.
Pada bulan Januari lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberikan geran penuh sebanyak RM500,000 kepada setiap negeri yang bersetuju untuk menaik taraf sistem saliran padang dan penukaran rumput di Stadium utama.
Oleh sebab itu, Hannah Yeoh mengingatkan kepada penerima geran penuh untuk tidak mengekalkan rumput yang sama sebaliknya tukar kepada yang lebih berkualiti.
“Kalau sudah terima duit untuk tukar rumput, jangan kekal ‘cowgrass’. Ada yang kita dengar tak nak tukar sedangkan sudah terima duit. Ada juga menulis surat kepada kita untuk guna duit itu bagi naik taraf tandas,” kata Hannah Yeoh di Buletin TV3.
Sebanyak 8 negeri iaitu Selangor, Terengganu, Perak, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan yang menerima geran penuh dan dua negeri iaitu Perlis dan Kedah tidak menerima geran penuh (RM300,000) ekoran tidak mahu menukar rumput.
Hannah Yeoh dengan tegas memberi amaran akan menarik semula geran yang diberikan jika kelab tidak melaksanakan seperti yang dipersetujui.
Hannah Yeoh juga memaklumkan bahwa pelaksanaan audit akan dijalankan di setiap negeri untuk memastikan penggunaan wang yang diberikan digunakan sepenuhnya dengan cara yang betul.
“Jadi perkata ini memang kita tak benarkan, dalam minggu depan kita akan hubungi mereka. Kalau mereka tak berupaya laksanakan geran ini, kita akan tarik balik dan meminta geran ini supaya dipulangkan kepada Persekutuan.
“Kita juga akan audit untuk pastikan kalau terima RM300,000 untuk naik taraf saliran, mereka tak boleh jalankan kerja skop RM100,000 dan simpan RM200,000 bagi kegunaan lain. Kita tak nak perkara seperti ini berlaku,” katanya lagi.
Tiga negeri yang tidak menerima geran penuh iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Johor sementara Sarawak dilaporkan meminta penundaan kerana penganjuran temasya SUKMA 2024.