Hannah Yeoh Pertahan Hak Penerjun SUKMA Terengganu
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempertahankan hak dua penerjun dari Terengganu yang meraih kejayaan di Sukan Malaysia (SUKMA) lalu.

Terdahulu, 2 orang penerjun wanita dari Terengganu, Ilyssa Ixora dan Uzlifatil Jannah telah menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Terengganu pada temasya SUKMA yang lalu.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, timbul keraguan apabila kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai penyertaan Ilyssa dan Uzlifatil di bawah nama negeri Terengganu di Sarawak.

Ad

Ini berikutan pendirian kerajaan negeri Terengganu tentang kod etika berpakaian atlet muslim ketika bersukan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Hannah menerusi satu kenyataan telah mempertahankan kemenangan kedua-dua atlet tersebut dan memaklumkan Ilyssa dan Uzlifatil akan dibawa berlatih ke Sekolah Sukan Malaysia.

Ad

“Kedua penerjun wanita Terengganu yang memenangi pingat di SUKMA Sarawak baru-baru ini akan meneruskan latihan harian mereka di Sekolah Sukan Malaysia seliaan Kerajaan Persekutuan,” ujar Hannah dalam satu kenyataan di Facebook.

Ad

“Pengarah teknikal kebangsaan, Bryan Nickson telah mengenalpasti penerjun ini untuk dipertimbangkan memasuki program pelapis kebangsaan pada 2025 sekiranya terus menunjukkan peningkatan prestasi di beberapa kejohanan akan datang.

Ad

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut berharap insentif dari pihak kerajaan negeri tidak terkecuali buat kedua-dua atlet muda ini selepas menghadiahkan pingat buat kem Terengganu.

“KBS Malaysia berharap Kerajaan Negeri Terenganu tidak mendiskriminasikan pemberian insentif kemenangan kepada kedua-dua penerjun ini memandangkan mereka juga telah menyumbang pingat kepada Kontinjen Negeri Terengganu.”

“Untuk makluman semua, setiap peserta yang mewakili negeri di SUKMA perlu melalui proses pendaftaran yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Negeri tertentu.”

“Pihak Kementerian bimbang dengan arahan Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan penglibatan atlet wanita dalam bidang tertentu dikhuatiri akan merencatkan potensi ramai atlet muda.”

Ilyssa dan Uzlifatil memenangi pingat gangsa bagi acara 10m platform seirama dan Ilyssa turut menyumbang satu lagi pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal.